:: Kelas Fatihah Cake House di Penang ::

:: Assalamualaikum dan salam sejahtera ::
Kami Fatihah Cake House akan mengadakan kelas di Penang buat pertama kalinya pada:
27 dan 28 JUN 2009 [Sabtu dan Ahad]
----------------------------------------------------------------------------------------
Berikut adalah modul yang akan diadakan:
----------------------------------------------------------------------------------------
[KELAS BISKUT RAYA 2009] [27/06/2009 -- SABTU -- 2:00 petang]
Nestum Blackcurrent Cookies
Persona Cookies
Serunding Cheese Cookies
Mat Rempit Cookies
Canadian Cookies
Putih Salju Cookies
RM60 sahaja
** PERCUMA 4 resepi biskut raya **
----------------------------------------------------------------------------------------
[KELAS KEK] [28/06/2009 -- AHAD -- 10:00 pagi]
Chocolate Moist Cake
-- Termasuk Topping dan hiasannya sekali
Mixfruit Cake
Blueberry Muffin
Chocolate Muffin
RM60 sahaja
** PERCUMA resepi Carrot Cake **
----------------------------------------------------------------------------------------
TEMPAT ADALAH TERHAD !!
** Jangan lupa bawa bekas untuk bawak balik hasil kerja anda nanti ya?? **
----------------------------------------------------------------------------------------
TEMPAT: SUNGAI ARA
MASA:
27/06/2009 : 2:00 petang
28/06/2009 : 10:00 pagi
----------------------------------------------------------------------------------------
Segala perubahan akan diberitahu kemudian.
----------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda berminat, sila sms kepada saya di talian 013-5042815 (Kak Ani)/012-2001906 (Ikhwan) untuk booking tempat. Sila berikan nama penuh, nombor untuk dihubungi dan kelas yang anda ingin sertai.
----------------------------------------------------------------------------------------
** Jika anda staff USM, anda juga bole hubungi saya di 3596 (Ikhwan)

:: Koleksi Kek Yang Dijual Di Fatihah Cake House ::



:: Untuk makluman, Kak Ani bole buat semua jenis kek.. tapi beliau specialize dalam Kek Coklat.. Jika anda datang ke Fatihah Cake House, cuba rasa Kek Coklat Kak Ani, memang nyummy...!! ::

:: Kek Besar Hari Guru ::

Baru2 ini Fatihah Cake House telah menerima tempahan Kek Besar sempena hari guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan, Ipoh..
Berikut adalah foto2 yang diambil dari permulaan kek dibuat hinggalah menjadi kek yang besar untuk majlis peringkat sekolah tersebut..:
:: Kak Ani sedang menyapu icing di tengah2 kek ::

:: Kak Shimah (Pembantu Kak Ani) juga menyapu icing ::

:: Dalam kek besar ini ada mempunyai pelbagai rasa ::

:: Kak Ani memastikan bentuk yang tepat dan padan dengan kek besar yang akan dihasilkan ::

:: Mengira kek2 untuk dijadikan kek yang besar saiznya ::

:: Tekun, Kualiti dan Ketelitian ::

:: Kak Shimah sanggup bangun pagi2 untuk memastikan kek besar disiapkan ::

:: Kami memastikan corak icing yang kemas dan cantik ::

:: Kak Ani dan Kak Shimah bersama Cikgu Mages (beliau mewakili sekolah ini yang order kek besar ni) ::

:: Kak Ani sedang meletakkan bunga ros di atas kek ini ::

:: Hampir siap.... ::

:: Menulis dengan icing ::

:: Bersama Ustazah Rugayah ::

:: Bersama guru2 sekolah..(aikk cikgu pun nak jadi chef jugak ker??) ::

:: Kek yang telah siap ::


:: Alhamdulillah, guru2 sekolah ini sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kami ::

:: Jeng Jeng.. bersama Pengetua Sekolah Menengah Pengkalan dan Cikgu Marges ::

:: SELAMAT HARI GURU 2009 ::

:: Errrmmmmm... nyum nyum ::

:: Kak Ani dengan hasil kerja beliau ::

:: Kelas Cupcakes 24/05/2009 ::

:: Assalamualaikum dan salam sejahtera ::
Kini kami telah sediakan foto-foto kelas CUPCAKES yang telah kami adakan pada 24/05/2009 yang lepas. Foto2 kali ni kami susun secara terbalik (dari waktu akhir kelas hingga ke awal kelas)
:: Peserta 2 sedang membungkus hasil kerja mereka ::

:: "CupCake ni kena betul2 bulat ker Kak Ani??" ::

:: Macam2 style nak bungkus tur, ada yang kena berdiri, ada yang duduk, ish ish ... ::

:: Kotak CupCakes yang colourful ::

:: Kak Ani menunjukkan cara2 melipat kotak CupCake ::

:: Amboi Amboi akak ni... bangga dengan CupCake diaaa ::

:: Kata hati "YES!!" ::

:: "Tuan2 dan Puan, inilah hasilnyaaaaaa...!! ::

:: Banyaknyaaa.. ::

:: "Apa tengok2, ini lah hasil CupCake sayaaaa..." ::

:: "Comel tak??" ::

:: "Jeng Jeng Jenggggggggg" ::

:: Ini lah Cikgu Rosli, skrg sedang ambik PhD, dalam kesibukan beliau, masih sempat belajar di kelas2 Fatihah Cake House ::

:: Ini lah hasil CupCakes pelajar2 Fatihah Cake House ::

:: Aikkkk, nape peserta2 kita ni berdiri semuanya??? Oooo semua semangat nak buat sampai berdiri ::

:: Akak tur icing CupCakes dia ::

:: Khusyuknyaaa depa ni ::

:: Ada perisa coklat, oren dan macam2 lagi ::

:: Penerangan dalam kelas bukan sahaja teori tapi ada juga praktikalnya ::

:: Kak Ani sedang menerangkan cara-cara ::

:: Peserta2 menumpukan perhatian kepada penerangan Kak Ani ::

:: Abg tur berkata dalam hatinya "bole bukak bisnes raya ni..." ::

::Kak Ani "Masukkan begini yaaaa..." ::

:: Errmmmmm... ::


:: Kelas Bulan Jun 2009 ::

:: Assalamualaikum & Salam Sejahtera ::
Fatihah Cake House akan meneruskan kelas mingguannya pada bulan Jun 2009 nanti, kami telah mengeluarkan jadual untuk bulan Jun ini walau pun Mei 2009 belum berakhir...
Daftarlah sebagai peserta, tempat adalah terhad, hubungilah kami dengan segera..!!
-----------------------------------------------------------------------------------------
** 27 & 28 Jun 2009.. InsyaAllah Kami akan ke Penang!! Tunggu... tempat juga adalah terhad, jenis kelas di Penang akan kami maklumkan kemudian..
---------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------

*KLIK SAHAJA ATAS JADUAL DI ATAS UNTUK DAPATKAN VIEW YANG LEBIH JELAS*

:: Foto Kelas-Kelas Dianjurkan Fatihah Cake House ::

:: Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ::
:: Berikut adalah foto kelas-kelas yang kami anjurkan di Fatihah Cake House dan juga di tempat-tempat lain seperti di sekitar Perak dan luar Perak ::
---------------------------------------------------------------------------
:: Kelas Kek yang telah diadakan pada 16/05/2009 yang lalu di Fatihah Cake House ::
:: Peserta-peserta yang hadir bukan sahaja wanita, tapi ada juga seorang HERO yang menyertainya ::

:: Blueberry Muffin yang telah siap dibakar (sedapnyaaaaa) ::

:: Peserta membuat sendiri Mini Swiss Roll ::

:: Kelas yang kami adakan bukan teori semata2, peserta akan membuat kek masing2 ::
:: Peserta kita sedang membuat Kek Coklat Moist ::

:: Peserta gembira dengan hasil yang mereka lakukan sendiri ::

:: Seronok peserta-peserta kita, masing2 berlumba hasil siapa yang lebih cantik ::

:: Kak Ani (Owner Fatihah Cake House, bertudung kuning itu) menunjukkan cara2 yang betul untuk menghasilkan Kek yang sedap lagi menawan ::

---------------------------------------------------------------------------
:: Kelas Kek dan Menghias Kek ::
:: Diadakan di Fatihah Cake House ::

:: Peserta-peserta yang hadir ::

:: Amboi Puan kita sorang ni, bangga dengan hasil rekaannya sendiri menghiasi kek yang dibuat oleh beliau ::

:: Cantik dan Sedap, puas hati bila peserta sendiri menghasilkannya untuk keluarga di rumah ::

:: Anda belajar dan boleh hasilkannya untuk keluarga tercinta ::

:: Apa salahnya anda sendiri membuat kek sendiri untuk harijadi anak2 di rumah?? ::

:: Puan kita ni tak sangka2 beliau boleh membuat kek dengan tangan sendiri ::

---------------------------------------------------------------------------
:: Kelas Roti ::
:: Kelas ini diadakan di Kemaman, Terengganu ::
:: Kami akan cuba datang ke tempat anda untuk mengadakan kelas, HUBUNGI KAMI ::
:: Peserta masing2 memberi tumpuan dengan penerangan Kak Ani ::

:: "Eh betul ker tur caranya??" ::

:: Amboi akak kita ni khusyuk sungguh ::

:: " Boleh la kita buat roti kat suami kita kan?? Mesti suami kita akan semakin sayang kat kita "

:: Macam2 jenis roti yang akan diajar oleh Kak Ani ::

---------------------------------------------------------------------------
:: Kelas Cookies ::
:: Kelas ini dianjurkan oleh Rukun Tetangga Taman Pengakalan, Pusing, Ipoh, Perak ::
:: p/s: anda boleh pakat dengan Rukun Tetangga anda dan jemput kami untuk mengadakan kelas di kawasan anda ::
:: Peserta-peserta yang hadir, waaahhhh ramainyaaaa ::

:: "Puan2, anda buat mcm ni ya... " ::

:: Peserta2 yang hadir.... ::